IPGM Tamatkan Konvokesyen Ke-17

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 2 Julai 2026 (The Capital Post) – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) melengkapkan Istiadat Konvokesyen Ke-17 Tahun 2026 apabila seramai 690 graduan menerima ijazah pada Sidang 8 yang berlangsung petang semalam.

Istiadat berkenaan disempurnakan oleh Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap, sekali gus menandakan berakhirnya siri konvokesyen yang meraikan keseluruhan 6,166 graduan pada tahun ini.

Penganjuran konvokesyen tersebut menjadi simbol kejayaan para graduan setelah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan, sekali gus bersedia menggalas amanah sebagai pendidik yang berperanan membentuk modal insan dan generasi masa depan negara.

-Advertisement-

Graduan turut diharap dapat memanfaatkan ilmu, kemahiran serta pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai guru yang berintegriti, berdedikasi dan komited dalam memperkukuh kualiti pendidikan negara. – The Capital Post