KUALA LUMPUR 6 Julai 2026 (The Capital Post) – Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027 dijadualkan berlangsung pada 7 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sekali gus menandakan bermulanya persiapan rasmi ke arah penganjuran acara berprestij tersebut.
Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 11.00 pagi itu bakal menjadi platform memperkenalkan hala tuju dan perancangan awal bagi LIMA 2027, yang dijangka menghimpunkan syarikat, agensi kerajaan serta pemain industri maritim dan aeroangkasa dari dalam dan luar negara.
Penganjuran LIMA terus menjadi antara acara utama negara dalam memperkukuh kerjasama strategik, mempromosikan inovasi teknologi pertahanan serta memperluaskan peluang pelaburan dan jaringan perniagaan dalam sektor maritim dan aeroangkasa.
-Advertisement-
Orang ramai juga boleh mengikuti siaran langsung majlis pelancaran serta mendapatkan perkembangan terkini menerusi platform media sosial rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia sepanjang acara berlangsung. – The Capital Post