-Advertisement-
JOHOR BAHRU, 11 Julai 2026 (The Capital Post) – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.25 malam ini.
Maszlee, yang turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya PH membentuk kerajaan negeri, memperoleh 30,228 undi atau 47.94 peratus, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling, yang meraih 26,654 undi (42.27 peratus).
Calon MUDA, Rashifa Aljunied, memperoleh 4,219 undi, diikuti Nicholas Paul Vincent (Bersama) dengan 1,774 undi dan calon Bebas, Wang Wee Siong, sebanyak 183 undi.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum disahkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – The Capital Post.
-Advertisement-
-Advertisement-