Kementerian Perpaduan Negara Terima Penghargaan MBJ 2025

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perpaduan Negara menerima Sijil Penghargaan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz atas keaktifan pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2025.

Sijil penghargaan tersebut diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid sempena Persidangan Majikan Pekerja Perkhidmatan Awam Tahun 2026.

Persidangan berkenaan bertujuan mencetuskan percambahan idea serta inisiatif bagi memperkasa jentera perundingan antara majikan dan pekerja, selain meningkatkan kompetensi serta komitmen pihak pengurusan dan warga pekerja dalam perkhidmatan awam.

-Advertisement-

Kementerian Perpaduan Negara turut mengambil bahagian dalam pameran Persidangan Hubungan Majikan – Pekerja Perkhidmatan Awam Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara, penyertaan kementerian dalam persidangan tersebut mencerminkan komitmen dalam memperkukuh hubungan majikan dan pekerja serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus organisasi.- The Capital Post.