Festival Bahasa dan Membaca Kementerian Pertahanan 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Festival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Oktober 2026 di Foyer, Wisma Pertahanan.

Penganjuran festival ini bertujuan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menggalakkan penyertaan warga kementerian. Antaranya termasuk Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku, Pertandingan Koir dan Pertandingan Kahoot Bahasa.

-Advertisement-

Aktiviti tersebut menjadi platform untuk mengasah kreativiti, meningkatkan pengetahuan bahasa serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga pertahanan.

Festival yang melabuhkan tirainya pada 30 Oktober 2026 itu mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam terus memartabatkan bahasa kebangsaan dan membudayakan amalan membaca sebagai asas pembentukan warga pertahanan yang berilmu serta berdaya saing. – The Capital Post