KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Lawatan Negara Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam, ke Malaysia.
Lawatan Negara itu merupakan lawatan rasmi pertama Tharman ke Malaysia sebagai Presiden Republik Singapura.
Menurut Shamsul Azri, lawatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluaskan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
-Advertisement-
Beliau berkata, kerjasama yang diperkukuh itu selaras dengan kepentingan bersama serta usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara.
Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Shamsul Azri bin Abu Bakar, beliau berbesar hati menghadiri istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Negara. – The Capital Post.