Salam Agrikomoditi Dekati Warga Kem Sungai Udang

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI UDANG, MELAKA, 31 Oktober 2026 – Program Salam Agrikomoditi terus menjadi platform untuk mendekatkan industri agrikomoditi negara dengan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu.

Program yang berlangsung di Kem Sungai Udang, Melaka pada 30 Oktober 2026 itu telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Antara pengisian utama program ialah demonstrasi masakan berasaskan lada oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) serta demonstrasi pembuatan coklat oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).

-Advertisement-

Aktiviti tersebut memberikan pendedahan kepada warga kem mengenai kepelbagaian kegunaan serta potensi produk agrikomoditi tempatan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran program seumpama ini turut membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat produk dan industri agrikomoditi negara melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. – The Capital Post