KPM, AKPK Perkukuh Literasi Kewangan Guru

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 15 Julai 2026, (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan (KPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memperkukuh literasi kewangan dalam kalangan warga pendidik.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, yang membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif pengurusan kewangan berhemah untuk warga pendidikan.

Melalui kerjasama tersebut, pelbagai program berkaitan perancangan kewangan, pengurusan hutang, amalan simpanan, pelaburan asas serta persediaan menghadapi persaraan akan diperkenalkan bagi membantu warga pendidik membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

-Advertisement-

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, YBrs. Encik Azman Hasim; serta pegawai kanan daripada KPM dan AKPK.

Kerjasama strategik antara KPM dan AKPK ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan warga pendidik melalui peningkatan pengetahuan dan kesedaran terhadap pengurusan kewangan yang mampan. – The Capital Post