Mesyuarat MyGDI Perkukuh Penyelarasan Data Geospatial Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2026 (The Capital Post) – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Kebangsaan (JPMK) menjadi platform strategik dalam memperkukuh penyelarasan data geospatial negara ke arah tadbir urus yang lebih cekap, bersepadu dan berasaskan data.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Ganti, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), YBrs. Sr. Dr. Ahmad Sanusi Che Cob.

Pelaksanaan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik melibatkan kementerian, agensi Persekutuan dan kerajaan negeri bagi meningkatkan perkongsian data geospatial di seluruh negara.

-Advertisement-

Usaha tersebut bertujuan menyokong proses membuat keputusan berasaskan data, di samping meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan demi pembangunan negara yang mampan.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), kerjasama berterusan antara pelbagai pihak berkepentingan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus geospatial serta memanfaatkan data sebagai pemacu perancangan dan pembangunan negara. – The Capital Post.