BALIK PULAU 26 Julai 2026, (The Capital Post) – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin secara rasmi dibuka menerusi Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang turut melancarkan Majlis Nuqaba’ Peringkat Kebangsaan.
Penganjuran majlis tersebut mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan Islam yang bersifat progresif, inklusif dan berdaya saing melalui pembangunan generasi muda yang berilmu, berakhlak serta mempunyai nilai integriti tinggi.
Sebagai SMKA ke-62 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah berkenaan membawa pendekatan baharu dalam pembentukan sahsiah pelajar menerusi pengenalan Modul Aktiviti Daie yang bertujuan membudayakan elemen dakwah sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian warga sekolah.
Dalam masa sama, pelancaran Majlis Nuqaba’ Peringkat Kebangsaan menjadi satu platform penting untuk memperkasa kepimpinan murid melalui pendekatan usrah, dakwah secara berhikmah serta penerapan nilai wasatiyyah dalam kalangan pelajar.
-Advertisement-
Inisiatif tersebut diharap dapat melahirkan pemimpin muda yang mempunyai jati diri kukuh, berwibawa dan mampu memainkan peranan dalam menyumbang kepada keharmonian masyarakat serta pembangunan negara pada masa hadapan.
Penubuhan SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin dan pelaksanaan Majlis Nuqaba’ Kebangsaan membuktikan komitmen kerajaan dalam melahirkan modal insan seimbang yang menggabungkan kecemerlangan akademik, nilai keagamaan dan kepimpinan berintegriti. – The Capital Post