SEREMBAN 1 Ogos 2026, (The Capital Post) – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan pengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 supaya tidak menangguhkan proses pengundian sehingga saat-saat akhir bagi memastikan kelancaran perjalanan hari mengundi.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi SPR, pengundi digalakkan hadir ke pusat mengundi berdasarkan Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan seperti yang dipaparkan dalam aplikasi MySPR Semak.
Bagaimanapun, SPR memaklumkan pengundi masih boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing mengikut masa yang bersesuaian dalam tempoh pengundian yang ditetapkan, iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang atau mengikut waktu operasi pusat mengundi yang telah diwartakan.
-Advertisement-
SPR turut menyeru semua pengundi supaya merancang perjalanan lebih awal dan hadir mengundi dalam tempoh yang ditetapkan bagi membantu memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur dan berkesan pada PRN Negeri Sembilan ke-16. – The Capital Post