51.58% Pengundi Negeri Sembilan Keluar Mengundi Setakat 2 Petang

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN 1 Ogos 2026, (The Capital Post) – Peratus keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 mencatatkan 51.58 peratus sehingga jam 2.00 petang hari ini, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Seramai 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat tempoh tersebut bagi memilih wakil rakyat di negeri berkenaan.

Berdasarkan rekod SPR, kawasan Dewan Negeri (N.) Seri Menanti mencatatkan kadar keluar mengundi tertinggi dengan 57.6 peratus, diikuti N.17 Senaling sebanyak 57.2 peratus dan N.28 Kota sebanyak 56.9 peratus.

Sementara itu, tiga kawasan yang merekodkan peratus keluar mengundi terendah setakat jam 2.00 petang ialah N.23 Mambau dengan 46.1 peratus, N.30 Lukut sebanyak 45.4 peratus dan N.11 Lobak sebanyak 44.6 peratus.

-Advertisement-

Sebagai perbandingan, kadar keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan ke-15 pada tahun 2023 mencatatkan 48.82 peratus dengan seramai 409,198 daripada 838,200 pengundi biasa hadir menunaikan tanggungjawab mereka.

SPR sebelum ini mengingatkan pengundi supaya tidak menunggu sehingga saat akhir dan digalakkan hadir mengikut masa keluar mengundi yang disyorkan menerusi aplikasi MySPR Semak bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar. – The Capital Post