MELAKA, 1 November 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengadakan lawatan tinjauan ke pusat penamaan calon di Machap Jaya 31 Oktober, semalam bagi menilai tahap kesiapsiagaan keselamatan dan penyelarasan operasi menjelang proses Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Lawatan tersebut bertujuan memastikan persediaan penugasan anggota, pengurusan keselamatan serta kawalan ketenteraman awam dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan.
Dalam tinjauan berkenaan, beliau turut memberi perhatian kepada aspek penempatan anggota, penyelarasan gerak kerja operasi serta pemantauan situasi semasa bagi memastikan sebarang perkembangan dapat ditangani dengan pantas dan profesional.
-Advertisement-
Pendekatan proaktif itu penting bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan aman, lancar dan terkawal, sekali gus memelihara ketenteraman awam serta kelancaran proses demokrasi.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Ahmad bin Abu Bakar. – The Capital Post