SUNGAI BULOH 2 Ogos 2026, (The Capital Post) – Seorang pemandu lori kontena mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Restoran Jejantas menghala ke Tol Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 1 Ogos 2026.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.01 petang sebelum pasukan penyelamat diketuai PBK I Shahrul Azlan Erahim dikerahkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena Volvo dengan seorang pemandu lelaki berusia lingkungan 40-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
-Advertisement-
Mangsa yang mengalami kecederaan separa kritikal berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menerusi operasi menyelamat menggunakan peralatan khas Telescopic Rescue Ram sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi menyelamat berjalan lancar dan ditamatkan selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian berada dalam keadaan terkawal sebelum kembali ke balai. – The Capital Post