Malaysia, Singapura Perkukuh Kerjasama Pertahanan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 6 Ogos 2026 (The Capital Post) – Malaysia dan Singapura terus memperkukuh hubungan pertahanan dua hala menerusi Mesyuarat Dua Hala yang diadakan sempena Mesyuarat Ke-63 Five Power Defence Arrangements (FPDA) Consultative Council (FCC) di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali dan Permanent Secretary (Defence), Kementerian Pertahanan Singapura yang turut bertindak sebagai Co-Chair bagi Mesyuarat FCC Ke-63.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara, termasuk pembangunan keupayaan pertahanan, peningkatan interoperabiliti pasukan serta memperluaskan kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama bagi menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks dan dinamik.

-Advertisement-

Kedua-dua pihak turut menegaskan bahawa hubungan pertahanan Malaysia dan Singapura yang dibina berasaskan kepercayaan, kepentingan strategik bersama serta persefahaman berterusan menjadi asas penting dalam memperkukuh kestabilan dan keselamatan di rantau ini.

Sebagai Co-Chair Mesyuarat FCC Ke-63, kedua-dua pemimpin turut menzahirkan komitmen untuk memastikan FPDA terus kekal relevan sebagai mekanisme kerjasama pertahanan yang pragmatik, responsif dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan demi menyokong keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau. – The Capital Post