PDN Galak Kesedaran Pendermaan Darah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2026 (The Capital Post) – Pusat Darah Negara (PDN) terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah menerusi sesi temu bual khas yang disiarkan dalam Slot Fokus 30 di BERNAMA Radio sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026.

Sesi yang berlangsung pada 7 Ogos lalu itu menampilkan Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara, Dr. Nur Mazidah Shahidan, yang berkongsi pelbagai maklumat berkaitan kepentingan pendermaan darah serta perkembangan semasa mengenai perkhidmatan transfusi darah di Malaysia.

Sepanjang rancangan tersebut, pendengar turut didedahkan dengan pelbagai informasi mengenai manfaat pendermaan darah, peranan penderma dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit serta kepentingan memastikan bekalan darah negara sentiasa berada pada tahap mencukupi.

-Advertisement-

Inisiatif perkongsian melalui platform radio itu merupakan antara usaha berterusan Pusat Darah Negara untuk memperluas kesedaran awam, di samping menggalakkan lebih ramai individu tampil sebagai penderma darah bagi memenuhi keperluan sistem kesihatan negara. – The Capital Post