KPK Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGI, Selangor, 10 Ogos 2026 (The Capital Post) – Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ogos di Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi, hari ini.

Pelancaran tersebut menjadi simbolik kepada usaha menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh kecintaan terhadap negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga KPK, agensi dan majlis di bawah kementerian.

Dalam amanatnya, Noraini menegaskan bahawa kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu, sebaliknya setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk terus mengisi kemerdekaan dan membina masa depan negara.

-Advertisement-

Sempena Bulan Kebangsaan, seluruh warga KPK turut diseru memperbaharui tekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara, memperkukuh daya saing sektor agrikomoditi serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK, sambutan tersebut diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh komitmen warga kementerian dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara. – The Capital Post