MOSTI Perkukuh Budaya Kitar Semula

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 12 Ogos 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkukuh usaha membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga kerja menerusi Program Kitar Semula Peringkat MOSTI yang berlangsung hari ini.

Program anjuran Bahagian Pentadbiran MOSTI itu bertujuan meningkatkan kesedaran warga kementerian mengenai kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta menggalakkan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada rutin di tempat kerja.

Program yang pertama kali dianjurkan itu mendapat sambutan menggalakkan apabila warga MOSTI daripada pelbagai bahagian dan agensi tampil membawa bahan untuk dikitar semula, termasuk kotak, kertas terpakai, surat khabar, tin aluminium, plastik dan minyak masak terpakai.

Penglibatan warga kementerian secara menyeluruh mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih lestari.

Bagi menggalakkan penyertaan, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah kepada peserta sebagai salah satu pendekatan untuk menyemarakkan penglibatan warga MOSTI dalam program berkenaan.

-Advertisement-

Peserta turut bakal menerima sijil penyertaan khas daripada Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Dr., yang akan disampaikan pada Perhimpunan MOSTI akan datang sebagai tanda penghargaan atas sokongan terhadap inisiatif tersebut.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle dalam kalangan warga MOSTI, sekali gus membentuk kesedaran bahawa usaha menjaga alam sekitar boleh dimulakan melalui tindakan kecil di tempat kerja dan kehidupan seharian.

MOSTI berharap budaya kitar semula dapat diteruskan secara konsisten sebagai sebahagian daripada gaya hidup warga kementerian, selaras dengan usaha bersama membina persekitaran yang lebih bersih, lestari dan bertanggungjawab. – The Capital Post