PETALING JAYA 17 Ogos 2026 (The Capital Post) – Unit Integriti Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) menganjurkan program “Psychoethics: Minda Sejahtera, Integriti Terpelihara” dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 14 Ogos lalu.
Program yang disertai 30 peserta itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran warga Jabatan mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental, selain memperkukuh penghayatan nilai integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Penganjuran program tersebut turut menyediakan ruang kepada warga kerja untuk memahami hubungan antara kesejahteraan minda, nilai etika dan integriti dalam membentuk persekitaran kerja yang positif serta profesional.
Unit Integriti KIMIA Malaysia merakamkan penghargaan kepada Unit Pengurusan Psikologi MOSTI atas kesudian memberikan perkongsian, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program berkenaan.
-Advertisement-
Pengisian yang disampaikan diharap dapat membantu warga kerja mengamalkan nilai integriti dan etika secara berterusan, di samping membina ketahanan diri serta kesejahteraan mental dalam menghadapi tuntutan tugas.
Usaha ini selaras dengan aspirasi Jabatan untuk melahirkan warga kerja yang sejahtera dari segi minda, berintegriti, beretika dalam setiap tindakan dan mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat. – The Capital Post