MELAKA, 29 Ogos 2026 (The Capital Post) – Persiapan akhir sedang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran Karnival CIMIC Melaka 2026 yang berlangsung di Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka bermula hari ini hingga 31 Ogos.
Karnival tersebut menyediakan pelbagai pengisian bagi memberi peluang kepada masyarakat mengenali dengan lebih dekat peranan, keupayaan serta khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada rakyat.
Penganjuran karnival itu turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga ATM dengan masyarakat, selain memperlihatkan komitmen pasukan pertahanan negara dalam melaksanakan tanggungjawab kepada komuniti.
-Advertisement-
Orang ramai dijemput hadir ke Dataran 1 Malaysia Klebang sepanjang tempoh karnival bagi menyaksikan pelbagai aktiviti dan pengisian yang disediakan sempena program berkenaan. – The Capital Post