Lawatan Belanjawan 2027 Tinjau Keperluan PDRM dan Kastam

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA, 2 September 2026 (The Capital Post) – Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Melaka diteruskan menerusi lawatan tinjauan Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Liew Chin Tong bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ayer Keroh serta Pejabat Kastam Zon Industri Bebas (FIZ), Batu Berendam.

Lawatan ke kompleks perumahan PDRM itu bertujuan menilai keperluan kemudahan perumahan anggota, termasuk cadangan menaik taraf dan membaiki blok sedia ada bagi memastikan kediaman yang lebih selesa dan sesuai dengan keperluan warga pasukan keselamatan.

Rombongan kemudiannya meninjau kemudahan di Pejabat Kastam FIZ Batu Berendam serta Pejabat Operasi Invest Melaka. Penambahbaikan kemudahan dan keperluan operasi dikenal pasti penting susulan perkembangan sektor industri di kawasan berkenaan, termasuk bagi melancarkan proses pemeriksaan.

-Advertisement-

Kementerian Kewangan turut menggalakkan orang ramai mengemukakan pandangan serta cadangan menerusi Portal Cadangan Belanjawan sebagai input dalam memperhalusi penyediaan Belanjawan 2027. – The Capital Post