KUALA LUMPUR, 4 September 2026 (The Capital Post) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras menggerakkan pasukan penyelamat bagi membantu dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuchai Lama, hari ini.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Cheras menerima laporan berhubung kejadian sebelum mengatur gerak Skuad Alpha ke lokasi.
Pasukan yang digerakkan terdiri daripada seorang pegawai pasukan bersama tiga anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi menjalankan operasi penyelamatan dan perkhidmatan kecemasan.
Pemeriksaan awal di lokasi mendapati kemalangan tersebut melibatkan seorang mangsa lelaki dewasa.
-Advertisement-
Anggota APM kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa serta menjalankan kawalan di lokasi bagi memastikan keselamatan mangsa dan pengguna jalan raya lain terjamin.
Kesemua anggota melaksanakan tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan kecemasan APM sebelum operasi diselesaikan.
Operasi kawalan kecemasan berjalan lancar hasil tindakan pantas dan kecekapan anggota APM Cheras dalam mengendalikan insiden berkenaan. – The Capital Post