PUTRAJAYA, 8 September 2026 (The Capital Post) – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan perjumpaan bersama warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersempena Perhimpunan Bulanan kementerian di Dewan Serbaguna Kementerian Perladangan dan Komoditi, di sini.
Perjumpaan tersebut menjadi platform untuk Perdana Menteri berinteraksi bersama warga kementerian serta menyampaikan amanat berkaitan peranan dan tanggungjawab penjawat awam dalam memastikan agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
-Advertisement-
Perhimpunan bulanan itu turut mencerminkan usaha berterusan kementerian dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan warga kerja, selain memastikan penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan agenda sektor perladangan dan komoditi terus diberi perhatian. – The Capital Post