Mahkamah Syarie, PDRM Setiu Perkukuh Kerjasama

Estimate Reading Time: < 1 minute

SETIU 10 September 2026 (The Capital Post) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima kunjungan hormat Hakim Mahkamah Syarie Setiu, Terengganu, Puan Nur Thuraiya Yumnie binti Alias bersama delegasi, semalam.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama antara Mahkamah Syarie Setiu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, penyelarasan tugas dan kerjasama strategik.

Delegasi berkenaan mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah Setiu, YDH Supt. Zahril Asri bin Mohd Zain. Turut menyertai delegasi ialah Penolong Pendaftar, Encik Ahmad Mukhlis bin Jahani dan Pembantu Hakim, Puan Rohayumi binti Chik.

IPD Setiu pula diwakili Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Setiu, ASP Nor Musa bin Arifin.

-Advertisement-

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk meningkatkan persefahaman antara kedua-dua institusi dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, selain menyokong aspek keselamatan dan kepentingan awam.

PDRM Setiu merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi kepentingan masyarakat dan keselamatan awam. – The Capital Post