Tiga Maut Kemalangan Kota Tinggi-Kluang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA TINGGI 14 September 2026 (The Capital Post) – Tiga individu maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Hj Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam pada kira-kira jam 6.20 petang.

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah Honda BR-V yang dinaiki tiga lelaki tempatan berusia antara 42 hingga 58 tahun serta sebuah Perodua Axia yang membawa seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun.

Siasatan awal mendapati penumpang belakang Honda BR-V dan penumpang hadapan Perodua Axia meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

-Advertisement-

Pemandu Perodua Axia turut disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi menjalani proses bedah siasat serta siasatan lanjut, manakala pemandu dan penumpang hadapan Honda BR-V yang cedera masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya – The Capital Post