KUALA LUMPUR 15 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Suasana di Petaling Street meriah dengan hiasan tanglung dan cahaya bulan sempena Sambutan Mid-Autumn Festival 2026 yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam meraikan kepelbagaian budaya serta keharmonian Malaysia.
Program yang dianjurkan Malaysia Chinese Assembly Hall (MCAH) itu menampilkan pelbagai tradisi, persembahan kebudayaan dan juadah yang dinikmati bersama oleh pengunjung, sekali gus menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan antara komuniti.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, yang menyaksikan kemeriahan sambutan serta kepelbagaian aktiviti yang diketengahkan sepanjang program berkenaan.
Antara tarikan utama sambutan ialah perkongsian kuih bulan sebagai sebahagian daripada tradisi perayaan, selain kepelbagaian makanan yang turut menonjolkan gastronomi tempatan sebagai khazanah budaya dan potensi tarikan pelancongan.
-Advertisement-
Petaling Street turut terus diketengahkan sebagai kawasan yang mempunyai nilai warisan, gastronomi dan pelancongan, manakala kehadiran wakil diplomatik dari pelbagai negara menyumbang kepada usaha mengeratkan hubungan persahabatan serta persefahaman antarabangsa.
Penganjuran sambutan itu memperlihatkan kepelbagaian budaya sebagai antara kekuatan masyarakat Malaysia dalam membina identiti bersama yang berteraskan keharmonian dan saling menghormati – The Capital Post