KKM Ziarah Keluarga Jururawat Jesse

Estimate Reading Time: < 1 minute

MIRI 15 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Dr. Ismuni Bohari menziarahi keluarga mendiang Jururawat Jesse Paya Jok di kediaman mereka di Taman Tunku, Miri.

Kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda simpati dan penghormatan kepada keluarga mendiang yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang baru-baru ini.

Dalam kunjungan berkenaan, Dr. Ismuni menyampaikan ucapan takziah serta merakamkan rasa dukacita KKM kepada keluarga mendiang atas kehilangan tersebut.

-Advertisement-

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan pengorbanan mendiang sepanjang menjalankan tugas dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

KKM berharap keluarga mendiang terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk melalui tempoh sukar berikutan kehilangan insan tersayang, manakala jasa serta sumbangan mendiang akan terus dikenang – The Capital Post