Najib dapat Tahanan Rumah Tapi Bersyarat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 18 September 2026 (The Capital Post) – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendapat kebenaran untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Perkembangan itu susulan Yang di-Pertuan Agong bersidang pada pagi ini bagi membincangkan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap beliau dalam kes SRC International membabitkan tujuh pertuduhan, termasuk pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Beliau pada asalnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum hukuman tersebut dikurangkan kepada enam tahun serta denda RM50 juta melalui keputusan Lembaga Pengampunan pada 2024.

-Advertisement-

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada syarat pembayaran denda sebanyak RM50 juta. Sekiranya jumlah berkenaan dijelaskan, Najib akan dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang ditetapkan.

Dengan keputusan berkenaan, baki hukuman Najib akan dijalani di bawah tahanan rumah selepas syarat yang ditetapkan dipenuhi – The Capital Post