Pemeriksaan Kesihatan KRT Sungai Sebuloh

Estimate Reading Time: < 1 minute

MUKAH 25 September 2026 (The Capital Post) – KRT Sungai Sebuloh Zon 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyokong pelaksanaan Program Pemeriksaan Kesihatan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Mukah yang berlangsung pada 11 hingga 12 September 2026 di Rumah Ngumbang Ak Gun.

Program yang diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu menyasarkan penghuni rumah panjang sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta menjalani pemeriksaan secara berkala.

Sepanjang program, penduduk berpeluang mendapatkan pemeriksaan dan khidmat berkaitan kesihatan yang disediakan oleh pihak KKM, sekali gus memberi ruang kepada komuniti mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan di kawasan setempat.

-Advertisement-

Penglibatan KRT Sungai Sebuloh Zon 1 bersama JKKK dalam menjayakan program berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan dalam menyelaras aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk.

Kerjasama antara KKM Bahagian Mukah, KRT Sungai Sebuloh Zon 1 dan JKKK Rumah Ngumbang Ak Gun diharap dapat terus diperkukuhkan dalam menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat – The Capital Post