Projek Kelulut FELDA Adela

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA TINGGI 25 September 2026 (The Capital Post) – Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi melaksanakan lawatan khidmat nasihat pengembangan di Mukim Pengerang bagi meninjau perkembangan aktiviti pertanian dan ternakan yang diusahakan oleh petani di kawasan berkenaan.

Lawatan pada 25 September 2026 di FELDA Adela itu dikendalikan oleh Encik Zunnurain bin Kassim, APT Mukim Pengerang dan Pantai Timur, dengan memberi tumpuan kepada projek ternakan kelulut yang diusahakan oleh Nor Halezah.

Projek berkenaan melibatkan sebanyak 40 haif kelulut, dengan 30 haif daripadanya direkodkan telah berhasil.

-Advertisement-

Lawatan tersebut turut bertujuan memantau perkembangan projek, menilai status pengeluaran serta memberikan khidmat nasihat teknikal dan bimbingan pengembangan kepada pengusaha.

Pendekatan berkenaan diharap dapat membantu pengusaha meningkatkan produktiviti selain memastikan pengurusan ternakan kelulut dapat dilaksanakan secara berterusan dan teratur. – The Capital Post