KUALA LANGAT 25 September 2026 (The Capital Post) – Seorang pekerja wanita tempatan maut selepas dipercayai terhimpit mesin pengangkat dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di kawasan perindustrian Telok Panglima Garang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki tempatan kira-kira jam 11 pagi, 24 September 2026.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran kira-kira jam 11.20 pagi untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
-Advertisement-
Menurut beliau, pemeriksaan awal polis di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikesan berhubung kejadian tersebut. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan – The Capital Post