Kementerian Komunikasi-SEARCCT Perkukuh Kerjasama

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 25 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Datin Paduka Nur Ashikin Mohd. Taib di Menara Komunikasi, hari ini.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan isu semasa berkaitan usaha pencegahan keganasan, termasuk pengukuhan kerjasama dalam aspek komunikasi, penyampaian maklumat dan kesedaran awam.

Kerjasama berkenaan turut dilihat penting dalam menyokong usaha membendung penyebaran naratif berkaitan ekstremisme dan keganasan melalui pendekatan komunikasi serta penyampaian maklumat yang bersesuaian kepada masyarakat.

-Advertisement-

Hadir sama Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin serta Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Intan Nurul Azlina Ahmad Kamil.

Pertemuan itu mencerminkan usaha berterusan kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama dalam meningkatkan kesedaran awam berkaitan pencegahan ekstremisme dan keganasan – The Capital Post