PUTRAJAYA 29 September 2026 (The Capital Post) – Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal berlangsung pada 1 Oktober ini dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis berprestij itu dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam di Grand Ballroom, Hotel Marriott, Putrajaya, bagi meraikan sumbangan serta pencapaian mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dalam pelbagai bidang.
Penganjuran ATSN 2026 menjadi platform untuk memberikan pengiktirafan kepada mahasiswa yang telah menunjukkan pencapaian dan sumbangan dalam menggerakkan aktiviti serta pembangunan komuniti kampus.
-Advertisement-
Orang ramai turut berpeluang mengikuti majlis berkenaan menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi melalui pautan https://www.facebook.com/MOHEOfficial.
Majlis tersebut diharap dapat menyemarakkan semangat mahasiswa untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara serta mengukuhkan peranan golongan siswa sebagai pemimpin masa hadapan – The Capital Post