PUTRAJAYA 1 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merakamkan penghargaan kepada YBrs. Dr. Balamurugan A/L Nallamuthu atas khidmat bakti, kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di kementerian itu.
Segala usaha, komitmen dan amanah yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan menjadi sebahagian daripada perjalanan MOSTI yang akan terus dikenang dan dihargai.
Sehubungan dengan itu, MOSTI turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Dr. Balamurugan yang akan meneruskan khidmat di tempat baharu, di samping mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam menjalankan tanggungjawab seterusnya.
-Advertisement-
Kementerian itu berharap agar segala urusan beliau dipermudahkan dan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki terus dimanfaatkan dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.
Penghargaan ini menjadi tanda ingatan atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan, dengan harapan Dr. Balamurugan akan terus melakar kejayaan dalam apa jua tanggungjawab yang digalas – The Capital Post