NGCF 2026 Tawar 8,000 Peluang Kerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 5 Oktober 2026 (The Capital Post) – National Graduate Career Fair (NGCF) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan lebih 200 majikan dengan sekitar 8,000 peluang pekerjaan untuk graduan serta pencari kerja.

Pada hari pertama penganjuran, seramai 4,012 pencari kerja hadir, dengan 683 daripada mereka berjaya memperoleh pekerjaan menerusi peluang yang ditawarkan di karnival berkenaan.

Daripada keseluruhan kekosongan yang tersedia, sebanyak 52.91 peratus menawarkan gaji melebihi RM3,000 sebulan, manakala sesetengah jawatan menyediakan tawaran pendapatan sehingga RM17,000.

NGCF 2026 turut menyediakan ruang kepada pencari kerja untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan selain meneroka peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.

-Advertisement-

Selain peluang pekerjaan, pengunjung turut mendapat akses kepada perkhidmatan semakan resume secara profesional serta kaunseling kerjaya bagi membantu memperkemas strategi pencarian pekerjaan dan meningkatkan persediaan sebelum sesi temu duga.

Penganjuran karnival itu menjadi platform yang menghubungkan pencari kerja secara lebih dekat dengan keperluan sebenar industri, sekali gus membuka ruang kepada graduan dan pencari kerja untuk membina laluan kerjaya masing-masing – The Capital Post