PUTRAJAYA 8 Oktober 2026 (The Capital Post) – Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM400 mula disalurkan hari ini sebagai langkah kerajaan membantu meringankan beban kos serta menyokong kelangsungan mata pencarian petani dan pekebun di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM200 disalurkan secara interim kepada penerima yang layak sebagai sebahagian daripada bantuan berkenaan.
Bagi permohonan yang dibuat antara 1 hingga 30 September 2026, pembayaran Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi akan mula dikreditkan mulai 8 Oktober 2026.
-Advertisement-
Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam membantu golongan petani dan pekebun menghadapi tekanan kos serta memastikan kelangsungan aktiviti dan sumber pendapatan mereka.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi boleh diperoleh melalui portal rasmi BUDI di budidiesel.gov.my – The Capital Post