KUALA LUMPUR 10 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat, Parlimen pada 9 Oktober lalu.
Pembentangan bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal; serta Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Belanjawan MADANI kelima tersebut menggariskan hala tuju kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya tahan ekonomi serta merancakkan pembangunan negara yang inklusif dan mampan.
-Advertisement-
Kehadiran barisan kepimpinan MOSTI mencerminkan penglibatan kementerian dalam mengikuti pengumuman dasar dan perancangan fiskal negara yang menjadi panduan kepada agenda pembangunan, termasuk bidang sains, teknologi dan inovasi – The Capital Post