JAKOA Dan JKPTG Perkukuh Kerjasama Di OAOSC Bawong

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAWONG 24 OKTOBER 2026 (The Capital Post) – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di OAOSC Bawong pada 21 Oktober 2026 bagi memperincikan urusan penawaran premis kepada pihak JAKOA, khususnya di pusat berkenaan.

Sesi tersebut bertujuan menyampaikan taklimat terperinci serta menyelaras urusan berkaitan penawaran premis demi memastikan pengurusan dan pelaksanaan urusan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Program libat urus itu turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara JAKOA dan JKPTG dalam membincangkan perkara berkaitan pengurusan premis serta keperluan operasi di OAOSC Bawong.

-Advertisement-

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAKOA, Encik Mohd Khairil bin Mahasan; Ketua Penolong Pegawai Tanah, Encik Ahmad Shahrizal bin Abdul Mubin; pegawai-pegawai daripada JAKOA dan JKPTG; serta usahawan OAOSC.

Penglibatan pelbagai pihak dalam sesi ini mencerminkan kepentingan penyelarasan dan komunikasi antara agensi bagi memastikan urusan pengurusan premis berjalan lancar serta menyokong keperluan usahawan yang terlibat. -The Capital Post