JELITA 2026 Perkasa Kemahiran dan Kerjaya Wanita

Estimate Reading Time: < 1 minute

Melaka, 28 Oktober 2026 – Program JELITA Open Day – 12 Hours Sprint Training terus memperkukuh usaha memperkasa wanita melalui pembangunan kemahiran, peningkatan kebolehpasaran dan peluasan peluang kerjaya menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, menghadiri program tersebut yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 27 Oktober 2026. Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi pendekatan latihan intensif selama 12 jam, JELITA menawarkan sebanyak 50 program pensijilan berasaskan industri bagi membuka peluang kepada wanita memperoleh kemahiran baharu yang relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Inisiatif ini turut menunjukkan perkembangan positif apabila lebih 10,000 wanita telah mendapat manfaat daripada latihan peningkatan kemahiran sejak pelaksanaannya. Selain itu, hampir 5,000 wanita dan siswi turut dibantu untuk mendapatkan pekerjaan.

-Advertisement-

Penganjuran JELITA 2026 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas akses wanita kepada latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan penyertaan mereka dalam bidang berkemahiran tinggi.

Usaha ini diharap dapat memperkukuh peranan wanita sebagai tenaga kerja berkemahiran serta pemacu pembangunan ekonomi negara. – The Capital Post