KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Kementerian Kerja Raya (KKR) menganjurkan Program Jelajah Integriti (Explorace) di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, pada 29 Oktober 2026 sebagai usaha berterusan memupuk dan membudayakan nilai integriti serta etika kerja cemerlang dalam kalangan warga kementerian dan agensi di bawahnya.
Acara pelepasan peserta atau flag-off program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) KKR, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman.
Program berkenaan merupakan antara pengisian utama yang dirancang sempena Sambutan Hari Integriti Kementerian Kerja Raya 2026, yang dijadualkan berlangsung pada 17 November 2026.
Sambutan Hari Integriti KKR merupakan platform tahunan bagi memperbaharui komitmen warga kementerian terhadap amalan tadbir urus terbaik, ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam.
-Advertisement-
Melalui pendekatan santai dan interaktif seperti cabaran Explorace, nilai integriti diterapkan menerusi semangat kerja berpasukan serta penggunaan pemikiran kritikal dan beretika dalam menyelesaikan tugasan.
KKR kekal komited memastikan prinsip integriti menjadi teras utama dalam pelaksanaan dasar, projek infrastruktur dan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta negara. – The Capital Post