Kementerian Digital Menang Dua Anugerah Platinum RKB 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 2 November 2026 – Kementerian Digital meraih dua Anugerah Platinum pada Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 menerusi pengiktirafan terhadap dua projek pembangunan aplikasi yang menyokong peningkatan penyampaian perkhidmatan digital kerajaan.

Dua anugerah tersebut diberikan kepada GovTech Malaysia menerusi projek Mempercepatkan Masa Pembangunan Mini Apps bagi Pelaksanaan Integrasi Perkhidmatan dalam MyGov Malaysia.

Satu lagi pengiktirafan diterima Bahagian Inkubator Digital (BID) menerusi projek Integrasi Ekosistem Pengurusan Kenderaan dan Itinerari Perjalanan Secara Bersepadu dan End-to-End melalui Sistem Tempahan dan Rekod Itinerari Perjalanan (MyTRIP).

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar, kepada Ketua Eksekutif GovTech Malaysia, Puan Nazilah Ahmad, dan Setiausaha Bahagian BID, Puan Asmah Ali.

-Advertisement-

Pengiktirafan itu mencerminkan usaha berterusan Kementerian Digital dalam memperkukuh inovasi, mempercepat pembangunan penyelesaian digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Kejayaan tersebut turut memperlihatkan peranan pembangunan aplikasi dan integrasi sistem dalam menyokong agenda pendigitalan sektor awam serta usaha reformasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. – The Capital Post