MalaysianGP 2026 Meriah, Peminat Dinanti Kembali Pada 2027

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG, 2 November 2026 – Malaysian Grand Prix (MalaysianGP) 2026 di Sepang berlangsung meriah dengan pelbagai detik menarik, bermula daripada upacara pembukaan sehingga aksi perlumbaan di litar yang mencuri perhatian para peminat sukan permotoran.

Penganjuran acara tahun ini turut diserikan dengan suasana penuh bertenaga serta pengalaman bermakna buat para pengunjung yang hadir memberikan sokongan sepanjang berlangsungnya acara berkenaan.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat dan pengunjung yang menjadi sebahagian daripada kemeriahan MalaysianGP 2026.

-Advertisement-

Kejayaan penganjuran itu turut membuka ruang kepada peminat sukan permotoran untuk kembali menikmati pengalaman perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun hadapan, dengan MalaysianGP dijadualkan kembali pada 2027. – The Capital Post