PRN Melaka: Pemuda OKU Penglihatan Pulang Mengundi

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA 14 NOVEMBER 2026 (The Capital Post) – Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Muhammad Adam Iskandar Muhammad Rayme, sanggup menempuh perjalanan jauh dari Ipoh, Perak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Muhammad Adam Iskandar, 23, berkata pilihan raya kali ini merupakan pengalaman keduanya mengundi selepas pertama kali melaksanakan tanggungjawab itu ketika berusia 19 tahun dengan ditemani ibunya.

Menurutnya, kali ini beliau hadir bersama adiknya dan tiba seawal 7 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin.

Beliau yang mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil berkata pengalaman terdahulu menjadikan proses pengundian kali ini lebih mudah dan lancar.

-Advertisement-

Muhammad Adam Iskandar yang bekerja sebagai tukang urut di Ipoh turut menghargai bantuan serta kecekapan petugas pilihan raya yang memudahkan urusannya sepanjang proses mengundi.

Katanya, sokongan petugas menjadikan proses pengundian lebih teratur dan mudah dilaksanakan. – The Capital Post