KUALA LUMPUR, 25 November 2026 (The Capital Post) – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan peningkatan dalam dagangan awal pada Selasa.
Pada 9.44 pagi, kontrak November 2026 meningkat 14 mata kepada 1,561.0, manakala kontrak Disember 2026 menambah 14.5 mata kepada 1,560.5.
Kontrak Mac 2027 pula naik 17 mata kepada 1,547.0, sementara kontrak Jun 2027 meningkat 14.5 mata kepada 1,542.0.
-Advertisement-
Jumlah dagangan direkodkan sebanyak 4,956 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,658 kontrak.
Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 20.69 mata kepada 1,569.74 berbanding paras 1,549.05 ketika ditutup pada Isnin. – The Capital Post