WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1645) ORDER BY meta_id ASC

Abang Johari naik kereta hidrogen, promosi inovasi kereta pada pelajar » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Abang Johari naik kereta hidrogen, promosi inovasi kereta pada pelajar

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUCHING,  — Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggunakan caranya yang tersendiri dalam menyampaikan maksud ‘kepimpinan melalui tauladan’ hari ini.

-Advertisement-

Ia dapat dilihat apabila Abang Johari menaiki Hyundai Nexo, kereta yang menggunakan sel bahan api hidrogen, berbanding kereta rasmi beliau, Mercedes Benz dalam usaha menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan golongan muda.

“Mereka (pelajar) melihat kereta saya, hari ini saya guna Hyundai, kereta buatan Korea yang menggunakan bahan api daripada hidrogen, bukan bahan api fosil, tapi sel bahan api, dan hidrogen yang disaring daripada air iaitu h2o menerusi proses tertentu, menerusi membran yang mengasingkan hidrogen dan oksigen, itu kereta yang saya guna hari ini.

“Maksudnya, teknologi akan sentiasa berubah disebabkan data analitik, jadi Sarawak banyak air, justeru dengan sumber yang kita ada ini, saya percaya satu hari nanti dengan rasa semangat dan tumpuan yang diberikan golongan muda kita hari ini, kita boleh eksport hidrogen daripada sumber air kita,” katanya di majlis penutup Pameran Ciptaan, Inovasi dan Reka bentuk Sarawak (SIIDEX).

Abang Johari berkata meskipun terdapat segelintir pihak mendakwa hidrogen membahayakan, beliau tidak kisah untuk terlibat dalam kajian dan pembangunan dalam usaha penggunaan sepenuhnya potensi gas, menggunakan sumber air yang banyak di negeri ini dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon di planet ini.

“Kita harus mencari penyelesaian dan di sini terdapatnya keseimbangan, di mana anda memperoleh gas oksigen untuk penduduk dan alam sekitar turut bersih… dan saya akan buktikan kepada anda ia boleh dilakukan menerusi kereta Hyundai, sekarang pun tidak ada pelepasan karbon daripada kereta yang saya gunakan ini.

-Advertisement-

“Dalam tempoh sebulan saya gunakan kereta ini, jika berlaku perkara yang membahayakan, sudah tentu saya yang akan menjadi mangsa pertama,” katanya.

Sementara itu beliau yang ditemui pemberita kemudiannya berkata kereta berkenaan adalah sebahagian daripada kajian dan pembangunan untuk menukar sumber air di negeri ini kepada hidrogen yang kemudiannya digunakan terhadap pengangkutan awam dan komoditi baharu yang akan dieksport.

“Ia sudah tentu akan mengambil masa, sama ada setahun atau dua tahun, apa-apa pun kita telah sampaikan dan menghasilkan hidrogen kita sendiri melalui proses R&D, dan kita ada banyak air dan akhirnya kita akan menukar ekonomi digital berasaskan ekonomi hidrogen,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menggunakan kereta hidrogen untuk kegunaan aggota kabinet, beliau berkata ia perlu menunggu hasil kajian R&D, jumlah stesen pengisian semula bahan api itu di negeri ini di mana kerajaan mencadangkan untuk membuka sebanyak lima stesen di seluruh negeri.
— BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC