Ajax tagih sentuhan ajaib Ten Hag

Estimate Reading Time: < 1 minute

AMSTERDAM: Ajax berminat untuk mendapatkan kembali khidmat Erik ten Hag, tetapi berdepan cabaran untuk menandatangani pengendali Manchester United itu.

-Advertisement-

Gergasi Belanda itu meletakkan Ten Hag sebagai calon utama menggantikan pengendali sementara, John van’t Schip.

Bagaimanapun Ten Hag dan barisan kejurulatihannya belum mahu meninggalkan Old Trafford bagi kembali ke Amsterdam pada musim panas ini.

Satu-satunya peluang Ajax ialah mengharapkan bekas pengendalinya itu dipecat oleh United.

Pemilik baharu United, INEOS akan menentukan nasib Ten Hag di akhir musim ini, selepas kempen yang mengecewakan.

Ten Hag masih berpeluang menyelamatkan kariernya dengan memenangi Piala FA apabila berdepan Manchester City pada final 25 Mei ini.

-Advertisement-

Selain Ten Hag, lembaga pengarah Ajax turut menyenaraikan bekas pengendali Chelsea, Graham Potter dan bos Nice, Francesco Farioli sebagai calon.

Sekiranya Ten Hag dipecat, dia mungkin akan mencari kelab dalam salah satu liga terkuat Eropah, berbanding pulang ke Belanda.

Selepas mengubah Ajax kepada salah sebuah pasukan paling menghiburkan di pentas bola sepak Eropah, kelab Belanda itu kembali bergelut sebaik ditinggalkan Ten Hag pada tahun 2022.

Mereka kini di tangga kelima Eredivisie, 35 mata di belakang pendahulu, PSV.

Situasi itu turut menyumbang kepada faktor yang akan membuatkan Ten Hag tidak berminat untuk kembali ke kelab lamanya.
-AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373