WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (34097) ORDER BY meta_id ASC

Ameer Ali dilantik CEO/Ketua Pengarah YaPEIM » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ameer Ali dilantik CEO/Ketua Pengarah YaPEIM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar HIS Toyibba (Halal International Selangor), Ameer Ali Vali Mohamed dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)/Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

-Advertisement-

Ameer Ali, 59, mempunyai kerjaya yang cemerlang lebih dari 30 tahun dalam pembangunan polisi, pengurusan strategik , pembangunan perniagaan dan pengurusan pelabuhan serta latihan, perundingan dan kewartawanan korporat.

Sebelum ini, beliau terbabit dalam pasaran modal Islam di dalam pasukan yang membangun, melancar dan mengurus dana unit amanah Islam ekuti pertama Malaysia yang dilancar pada Januari 1993.

Pada 2014, beliau menerajui penukaran sebuah syarikat pengurusan pelaburan dan unit amanah kepada syarikat pengurusan pelaburan Islam.

Beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar HIS Toyibba (Halal International Selangor) pada tahun 2021 sehingga 2022 dan turut terbabit dalam penganjuran Konvensyen Antarabangsa Halal Selangor (SELHAC) yang julung kali diadakan pada 2022.

-Advertisement-

Ameer Ali adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga adalah Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan jurulatih bertauliah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDC).

“Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah, pengurusan dan seluruh warga kerja berharap pengalaman dan kepakaran dimiliki beliau mampu memacu YaPEIM ke tahap yang lebih tinggi,” kata YaPEIM dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, YaPEIM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah, Awang @ Musran Tawil yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Pengarah YaPEIM sejak 13 Januari 2022 sehingga semalam. – Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC