AMLAC ambil kumpulan pertama program antirasuah swasta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Akademi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Rasuah (AMLAC) memperkenalkan program Profesional Pengurusan Antirasuah dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar bermula Sabtu lalu.

-Advertisement-

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space dan London Examination Board dijangka membantu pihak swasta dalam pengurusan antirasuah.

Presiden AMLAC, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata program itu susulan penggubalan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk memastikan peruntukan liabiliti korporat dipatuhi pengurusan syarikat swasta.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu turut menambah, ia bagi memastikan keperluan di bawah Seksyen itu dipatuhi semua syarikat korporat di Malaysia.

“Apabila berlaku kesalahan kes rasuah oleh pekerja syarikat, maka pengarah syarikat dan pengurusan syarikat juga boleh dituduh di mahkamah.

-Advertisement-

“Peruntukan ini menyatakan bahawa liabiliti korporat kepada apa sahaja kesalahan rasuah yang dilaksanakan pekerja mereka kecuali syarikat tersebut mempunyai langkah-langkah mencukupi menerusi tatacara dan garis panduan oleh Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Pada masa sama, Dzulkifli tidak menafikan wujudnya syarikat yang tidak memahami sepenuhnya pelaksanaan pengurusan antirasuah dalam premis korporat masing-masing.

Menurutnya, buat masa ini di Malaysia pengurusan itu hanya dalam peringkat sijil.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373