299 mangsa banjir di Perak pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH, — Sejumlah 299 mangsa banjir daripada 79 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 8.05 pagi ini, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong di Teluk Intan menempatkan seramai 233 mangsa daripada 63 keluarga.

Sementara itu, sejumlah 66 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di SK Changkat Lobak, Selama akibat bencana banjir yang melanda di daerah Kerian.
— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment