COVID-19: 22,242 kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali melaporkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,466,512 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dengan Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu sebanyak 6,858 kes diikuti Sabah sebanyak 2,413 kes.

“Turut melaporkan kes hari ini ialah Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes, Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

“Selain itu ialah Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment